* sinopsis raya aje boleh? *

walaweihhh. dah lama aku tak selongkar belog aku ni ha. kalau buka pun, kejap2 je. just imbas2 gitu. siyes. tak da mood oke mahu online. nak kata mood ghaye lebih, tak jugak. semakin tua, semakin mood nak ghaye kurang ke wei? kalau gini tak nak tua ah boleh? MUHAHA. :):) time raya je, nak tukar jadi kanak2 sugus balik. ahha. tak malu sikit kalau boleh duit raya pun kan. ini bila tua2, dapat je duit raya, selalu geleng2 kepala tanda tak mahu. pastu kata tak mahu duit ghaye! tak mahu duit ghaye! tapi terambik gak. apakah? lalalala:P:P


ini dia baki duit raya shaye sekarang. :) shaye tak mahu. tapi orang nak bagi jugak. so, terpaksa ambillah. ecece. ayat taboleyhbelah.
* sila anda tidak melihat tangan bapak nenek besar itu. itu bukan tangan saya. tangan nenek saya.


eh. lupa nak bagitahu. kat atas tu pengenalan raya. sinopsis raya kat bawah ni ha. T__T



RAYA 1.

permulaan raya aje dah kalut ribut. nak pegi SOLAT RAYA, kunci kete merce daddy hilang. punyalah cari punyalah cari jugak tapi tak jumpa2. so, terpaksala pegi dgn kete daddy yg satu ag. sampai je kat masjid, aishoooooo penuh melimpah2 orang kat masjid. bayangkan masjid punyala besar tapi masih tak cukop ruang utk solat? sangat seronok oke? hiks. sampaikan lolly dan mummy terpaksa solat kat luar masjid. sebbaik panas terik. kalau ujan? naseblah:P



oh lupa nak bagitahu. picta ghaye lolly sekeluarga takda. sobsobsob. :( nak buat camane, balik je dari solat raya, terus family aku tukar baju dan masuk dapur memasak macam2. masak nasi minyak lah. masak spageti lah. masak makaroni lah. masak rendang lah. ketupat lah. macam2 oke? dan lolly? kupas kulit bawang sajork. agaga.:):) mak aihh. kalau mak mak baca belog aku. mesti direject aii ni ha. hihi.

hmm. family lolly masak last minit gitu coz tak sangka my pak2 sedara, my mak2 sedara, shepupu dan tetamu2 lain semuanya nak datang rumah. maklumla, rancang nak pegi umah mereka. tup tap tup tap meke semua tepon nak jom heboh kat umah aii lak. dah la tahun ni tema rumah tertutup. mmg tertutup rapat oke?. sbb rumah baru masih tak siap lagi. pastu rumah bersepah2 la sangat. kesian adik aii kene kemaskan. dan lolly? hoyeaahh hoyeaaaah beraya bersama rakan taulan. agaga.

apaapapom. terima kasih kpd tetamu yg hadir. tak putus2 dari pagi sampai malam :):) toce toce.


aishoo. mengapakah wajahQuh terputih secara berlebihan? ini semua salah kamera! ceh tetibe.


i love them. keluarga keduaQuh :):)


muah muah kat 2 orang buah hati aii ni. agaga:):)


pose raya melayu ke pose raya cina ni ek? gong ci gong ci gong cini.



RAYA 2.

raya ke 2 ni aku SKIP je boleh? takda maknanya raya ni buat aku. HAGHAG:P. yerla. suasana x beshhh langsung oke? ajatnya nak p beraya kat kota bharu, tapi terhujan dari pagi sampai petang plak. atuyai. :( pastu jalan opkoz rr jam kan? me dun like. so. aii raya depan tv sajork. kamoo semua tanyelah, program tv apa time raya kedua tuh. semua aii tengok oke? muhaha:P:P

so. raya ke 2 kami BURN sajork!

owh ya. tengs kepada my shepupu yg menseponser HADIAH RAYA. gift ni dari lombok, indonesia. eh cop! silap silap dari london lah. sangat suka suka suka. :):) raya raya pom ada gift jugak. yeshhh! aii like it ahak ahak.





kisyhuu punye. sungguh smart. P__P


ferdi punye. dia sangat sonok oke dapat jam idaman. "__"



RAYA 3.

huh. pagi2 lagi bangun konon2 nak pegi RUMAH TERBUKA ex sekolah. aku dgn semangat berpakat rr dgn member2 sekolah nak pergi makan free la kan. buat cam muka tak malu seket. hihiks. :):) sampai je kat sekolah tu, aduyai. semua tetamu tua2 saja. terasa lak kami ni muda sentiasa. agaga. pandang kiri machik. pandang kanan pachik. aishooo. siap bawak anak cucu cicit lagi. cit. kami silap acarakah? ghase2 jemputan untuk semua bekas2 pelajar. huh. tapi kenapa pachik machik sajork? atuyai. :(

sampai2 je sekolah. terus kene buat pendaftaran ALUMNI. siap kene bayar rm10 lagi. ahaks. konon nak makan free la sangat kan. sekali hambekkk kau, bayaran bapak mahal. :P:P sabauuu je lah oke? dugaan apakah ini? kalau aku tahu begini akhirnya, baik pegi makan kepsi je. lagi bebaloi-baloi. terhingat lak ayam hot spicy tuh.

pastu tengok kat pamplet. ini bukan majlis rumah terbuka. tapi MAJLIS ALUMNI BERSAMA BEKAS PELAJAR 1971-2000. apakah? aku tak wujud lagi oke kat sekolah masa tahun tu. hisy. siapa bagi maklumat palsu kat aku ni? malu wei malu. patutla mak mak pak pak je yg datang. rupanya? wuwuwu:'(

apaapapom. kami tatap cool. buat muka seposen :P:P


dah bayar mahal2. harus makan banyak banyak banyak kan. abaikan si baju hitam tu. si penggoda tegar ye kawan2:)


wif my lesbyQuh. sila pusingkan lappy anda untuk melihat picta ini dengan jelas dan tepat. malas nak rotate. :P:P


owh adik2. sila membuang di toilet berhampiran.


ohyesh! kamilah sang power rangers yg sejati.




wah. gersang gila pose. ahha. siapa yg paling gersang? cuba teka.



sekian saja sinopsis raya untuk anda. MUHAHA. sinopsis la sangat. bapak berjela jugak. sabauuu je lah :P:P


oke lah. dah letih aii menaip. so kita berehat sebentar bersama BISKUT NESTUM :)

MEL. ini biskut nestum. untuk kamoo :):) shian dia. tak pernah kenal biskut nestum ahha.



salam sayang,

* ghaye wei ghaye! *

.bismillahhirrahmanirrahim.
.assalamualaikum warahmatullahhiwabarakatuh.


oh yeshhh! sekejap je rasa masa berlalu. puasa puasa tup2 esok dah nak raya kan? syukur:)

so, dikesempatan ini, shaye miss lolly ingin mengucapkan SALAM AIDILFITRI utk seluruh umat Islam di serata dunia. ecece. bajet seluruh dunia baca. buwerk. :P:P

TO MY PARENTS~ selamat hari raya abah, mummy. alhamdulillah, fayda masih sempat utk beraya bersama kamoo berdua. terima kasih kerana menatang fayda bagai minyak yg penuh sepenuh penuhnya. tidak ada hadiah yg paling bermakna buat fayda selain keampunan fayda diterima. halalkan segala makan minum, apa-apa pemberian dan pengorbanan mummy dan abah untuk fayda adik beradik. kami sayang kamoo berdua. sangat sayang kamoo berdua. *sebak dah ni. sobsobsob. :( harap abah n mummy suka baju2 ghaye yg fayda beri oke? muhaha. I LOVE U ALL so much.

TO MY SIBLINGS~ salam aidilfitri kepada adik beradik ternakal di dunia, kisyhuu dan ferdi. sila maafkan fayda jika aku ada tersewel, tergedik, termarah kamoo semua oke? ingat perkataan -ter tu. maknanya tak sengaja la tu. jangan terasa hati. :P anggap je itu semua limpahan kasih sayang yg aku beri secara membuak2 kat kamoo berdua. tapi aku tahu, kamoo berdua mesti kata fayda la kakak terbaik di dunia. MUHAHA.


dan yang paling special. :)


kepada semua PEMBACA BELOG lolly, tidak kira bloggers atau silent readers, mahupun rakan facebook atau friendster. lolly ingin mengucapkan selamat hari raya aidlfitri kepada semua. mohon ampun dan maaf sekiranya sepanjang kata-kata dalam belog ini mengguris perasaan kamoo semua. maaf jika sepanjang perkenalan kita, lolly ada terkasar bahasa, tergurau2 manja, tersilap tingkah atau ter-ter seumpanya. sesungguhnya, ianya tidak disengajakan. biasala, lolly hanya insan kerdil yg penuh dengan kesilapan. harap kamoo semua ampunkan lolly oke? 0-0 right? terima kasih kepada bloggers yg menghantar kad raya utk lolly. very appreciate it. I LOVE U ALL.

sila happy di hari raya. tak mahu bersedih2 oke? jangan lupa kepada insan yg telah tiada. apa kata kita ziarahi pusara mereka dan sedekahkan ayat2 suci.


InsyaAllah, lolly akan menghupdate suasana raya versi miss lolly. ahaks.



p/s: sila jangan ketinggalan utk sembahyang raya esok oke? kamoo semua jangan gedik2 nak qada tidur time tu? aku lempang semua nanti :P


salam sayang,

* DUGAAN yg masam manis :P *

hei. aii nak bebel kat kamoo semua boleh? haruslah boleh kan. kalau tidak. aii nak bebel kat sape lagi? :( tak da siapa nak mendengar luahan hati aii ni ha. wuwuwu:( nanti sakit jiwa lak mak ows. so, dengar je la ye? alaa. aii bebelan manja je. :) hihi.

lolly mahu cerita KRONOLOGI semalam. ecece. kronologi tu. tragedi2 yg berlaku semasa aku mahu balik kampung. owh ya. aii dah ada kat kampung sekarang. hip hip horay:)

kelmarin. bus lolly pukul 9.30 pagi. pastu siap2 awal la kan konon2 takut jam. so, janji rr ngan abang taxi kul 8. naik2 je taxi, terus je abang taxi tu hentam-hentam lolly dgn macam2 soalan. menchiii aii:P dari A-Z dia tanya aku ni ha. oke aku tipu. bukan dari A-Z tapi dari A-Q sajork. muhaha:P A-Z banyak sangat. mahu berbuih mulut aii nak menjawab. abang taxi tu tak reti2 ke aii puasa. mulut aii pom berpuasa juga. tak boleh cakap banyak2 sangat. nanti tekak kering. agaga:)

MyEm0.Com

keluar je dari taxi tu. si abang taxi tu cakap " nanti abang calling2 ya? " what? ABANG? atuyaii. aku ternaik taxi abang gatal ghupenya. agaga. :) dia ingat aku syok kat dia ke hape? oh my gosshhhh.

sampai kat putra pukul 8.30 pagi. awal gila oke? kalau aku tahu, mahu pukul 9 aku janji ngan abang taxi tu. nanti sampai je kat stesen bus, terus aku naik bus kan? ini apahal nak tunggu lama2. seorang diri lak tu. harus boshhaaan aii tunggu lama2. nak ngintip mamat hensem pun, takda satu pom yg hensem. ecece. lolly mahu tunjuk dah kegedikannya tu. muhaha. abaikan oke? lolly budak baik. im repeat lolly budak baik. tak gedik langsung. ecece:):)




intai MAMAT hensem? mengintai itu amalan mulia.


setelah satu jam bus bergerak. ada la seorang manusia ini tak reti bahasa. dia dop tepi aku. bukan tepi sangat. sebab seat lolly single mingle. kiranya dia duduk kat seat sebelah nun la. aduyai. aku pom tak tahu nak terang camane ni ha. kamoo semua faham2 sendiri la ye pasal seat tu. alkisahnya, dia makan depan kitorang dalam bas tu. nampak muka macam melayu je. maybe muka je kot. agama lain rasanya. maybe dia bidayuh ke hape kan. think positif oke?. tapi agak2 rr, bidayuh balik kelantan ke weh? lallala.

mula2, dia makan cheese burger. aduyai. sebbaik aku tak suka benda2 bercheese ni. kalau tak, terliur jugak mak ni ha.:P pastu, dia kluarkan pulak mcflurry. apa mcflurry? kurang ajooor makan aiskrim faveret depan aku. yg taboleyhbelah tu, sebelum dia ngap mcflurry, siap pandang kiri kanan ag wei. pas pandang je muka aku, terus dia zappp aiskrim tu. apakah? sengaja nak tunjuk kat aku ke hape? aishoooooo. very da tak puas hati oke?

MyEm0.Com


siap2 boleh KEN*UT dalam bus lagi tu. sangat terkurang ajar oke? very tak senonoh. kenapa la dia boleh 1 bus dgn aku? eyh silap2. kenapa la dia dapat seat sebelah aku. HAGHAG:P:P. *merenung nasib.

lolly terpaksa turun bus kat machang. sbbnya tiket ke tanah merah suda habis. aishoooo. yg paling aku suka, my daddy terus sambut aku masa aku turun bus itu. dia tunggu aku dekat setengah jam suda. oh daddy. I LOVE U KETAT METAT oke? tetibe terharu pulak aii ghase :):) ahaks. sbg upahnya, aku temankan abah aku basuh keretanya dekat workshop. baikkan lolly? baikkan? agaga. eleh. itu pom nak bangga ke?

MyEm0.Com


itu sajalah KISAH MALANG aku semalam. memang malang kan? dugaan nak ghaye katakan. tape2. miss lolly seorang penyabar. ececece. motip?


note:
baju ghaye tak siap lagik. entah siap entah tidak. atuyai. sedey gila ah. sobsobsob.


salam sayang,

* 5hb 5, 20?? shaye kahwin:P:P


tajuk entri indah khabar dari rupa. caitt :p:p



160209 sehingga sekarang:) alhamdulillah suda 6 bulan lebih aku berblogging:) ecece. tak mahu cakap juga tu dah berblogging selama 7 bulan. nak cakap juga 6 bulan lebih2. agaga. padahal 2 hari lagi, genap rr 7 bulan aku berblogging:)

terima kasih kepada my folowerias yg suda mencapai 555. syukur:) dulu time aku ada folower tak sampai 100, aku selalu jenguk2 belog2 otai oke? folower mereka sudah 5**. ada yang 6**. pastu aku terfikir bilalah belog aku nak ada folower seramai itu? atau mungkin tu cuma angan2 sajork. SEE? sekarang aku juga ada 555 folower?:):) suka suka suka.

MyEm0.Com

walau belog aii ni tak selalu hupdate. kekadang cukup seminggu baru nak hupdate. pastu ceritanya pulak ntahapaapa kan? tapi ada jugak yg sudi follow belog aii ni. TERIMA KASIH. lagipom, belog aku ini bukan belog ilimiah. ini belog karutan saja. tempat aku bebel2, tempat aku cipta angan2. KAHKAH:):)

*weh lolly. apasal ayat kamoo very da very da very skema? kembalikan lolly yg asal. owh ya. ini kang utk folower aii. opkoz rr ayat perlu skemastik sikit. muhaha:)


muka happy mahu balik raya atau muka happy dapat folower? cuba kamoo semua teka?
*________*


owh ya, lolly nak bagitahu. biarlah kamoo semua tak mahu tahu. lolly nak bagitahu jugak, boleh? hihi:P:P aku tak paksa orang follow belog aku. ada orang hantar email caci maki cuci daki lolly. kata folower lolly ramai sebab lolly paksa diorang follow mybelog. sakitttt hati mak bila ada orang tuduh aii sebegitu oke? aii tak paksa. IM REPEAT TAK PAKSA. so. faham? pastu tuduh aii macam2 lagi. menchikkk tul. :(:( mahu je aku sumpah si pencaci tu jadi kereta kuda. boleh aii pegi jumpa si putera raja? *bayang jadi cinderella jap boleh?

mahu terperasan sikit boleh? ada orang kata si lalat tu jeles dgn aii lah. wahai si lalat emailQuh, kamoo jeles dgn si lolly kah? ecece. jeles? tak ada maknanya oke? aku hanya insan kerdil yang lagi hina yang lagi buruk yang lagi comot yang lagi? dan lain-lain. :P:P

MyEm0.Com



oke lah. aku mahu packing baju nak balik kampung:) ghaye wei ghaye! cit. nak balik 2,3 hari lagi tapi dah nak packing barang2? apakah? cam budak-budak. sila lempang lolly laju2.


p/s:
oh my follower. ecece my follower tuh. kamoo semua minat LAGU RAYA apa ye? shaye mahu download ni. folder lagu raye shaye hilang. so, kena download balik. huk huk. sedey. :(


salam sayang,

* miss dis MOMENT *



maaf. gambar zaman paleolitik.




RINDU SAAT-SAAT INI.
hanya picta yang dapat menggambarkan segalanya.

*_____*


ZAMAN KANAK2 RIBENA.
yeaaaay! konon aku dah matang lah sekarang. ecece.


kamu. kamu jangan merajuk lagi oke?
nanti kita belikan baju melayu purple utk kamu :) :)



*maaf. entri terpendek. perasaan tidak dapat diluahkan dengan kata-kata. :'(


salam sayang,

* panggilan annoyink. c^%*#it. *

jam 3 pagi.

kring kring kring kring ( gila klasik bunyi henfon aku )

makhluk: hello.
lolly: emm. (blur)
makhluk: ni cik farida?
lolly: *&%$%^
makhluk: hello?
lolly: ya.
makhluk: maaf mengganggu. saya dari balai polis.
lolly: polis?
makhluk: kamu disaman kerana memiliki BONTOT yg besar.
lolly: bontot?
makhluk: ya. nanti sila jelaskan saman anda di balai polis berhampiran oke?
lolly: saman?
makhluk: terima kasih.


tett. henfon dimatikan. dan aku? sambung mimpi la wei.

MyEm0.Com



bangun pagi tadi. aku terhingat oke pasal calling2 semalam. mimpi atau kenyataan ye? terus aku check received calls. memang ada oke. jam 3.12 pagi. tapi nombor tak dikenali. aishoo. siapakah yg mengganggu aku dengan panggilan annoyink pagi2 buta. mengganggu aii tidur saja. terus mimpi aii sebelum tu hilang sebegitu saja. mimpi kering part 2 plak tu. mimpi lagi? sila lempang lolly ya kawan2. :)

dah la topic entah apa2. ada ke nak saman lolly kerna memiliki bont*t yang besar? tidak masuk akal langsung. siapa berani mempermainkan aku nih? aishooo. memiliki bont*t yang besar itu satu kesalahan ke? KAHKAH. lagipom. itu semua FITNAH oke? bont*t aii ni kempis sajork. lebih2 lagik di bulan puasa nih. semua menjadi kempis oke? bont*t kempis. perut kempis. MUHAHA. :):) tapi lepas raye? semua dah bertimbun-timbun balik suda :P:P

MyEm0.Com

so. lolly pom tak tahu ape motip si makhluk tu call lolly pagi2 buta. menchikkk tul. :(:( sengaja mahu mendengar suara aku yg ROMANTIS kah? oke aku tipu. atau mahu mendengar suara aku yg mengigau ala-ala SEKSI ini? hihi:P:P. yg tak tahan tu. lolly jawab panggilan dgn cakap sepatah-sepatah je. nampak sangat aku ni mengigau dan blur. muhaha. mana tak blurnya. dapat panggilan yg ntahapaapa gitu. :):)

ni satu lagik aku nak MARAH ni. gara2 panggilan tu. aku terlepas waktu sahur oke? :P ceh. tetibe lak panggilan tu disalahkan.muhaha:P:P biarpun lolly dah set alarm utk 2 henfon pom. so, bukan salah panggilan itu oke? salah lolly sendiri. tido mamti:P ahh. tak kira. nak salahkan panggilan tu jugak boleh?

MyEm0.Com

disebabkan kesalahan si calling mengganggu aku tidur, memusnahkan mimpi aku sampaikan aku tak bangun makan utk bersahur. jadi, dengan nekadnya. aku mahu carik sampai lubang cacing pemilik nombor itu. jika tak berjaya, aku nak jaja nombor tu kat public phone. KAHKAH. *gila pendendam aku.


muka pendendam ni.


so, kepada sesiapa yg ganggu aku semalam. silalah mengaku ye tuan puan. mana tau aku boleh ubah fikiran. boleh jadi budak baik sikit. ececece.


MyEm0.Com



salam sayang,

* MIMPI kering saja *


kahkahkah.:):) harus gelak dulu sebelum memulakan cerita:P


aku mimpi tadi. bangun2 dari mimpi terus aku tulis entry. haha. oke2 aku tipu :D. bangun tido haruslah aku baca doa selepas tido dulu kan? haha ni lagi aku tipu. :) aku MIMPI pasal aku pregnant tup2 boleh anak. ngee. tak pasti sama ada husband aku tu sape. adakah awal ashaari? atau fahrin ahmad? aku tak hingat oke?

nama anak aku BUNGA KHADIJA AMINAH. gila klasik nama anak aku. agaga. tak pasti hubby aku atau family aku bagi nama nih. kalau nak kata lolly, tidak la kan. tak main nama2 klasik ni. sekurang2nya name angelina julie. muhaha.:P

bunga khadija aminah binti awal ashaari?
bunga khadija aminah binti fahrin ahmad?

KAHKAHKAH. gelak guling2 aku.


harus la letak nama angelina julie. coz aku nak bibir anak aku seksi cam ni T__T.


bangun2 tido je aku perasan AKU PELUK TEDYBEAR aku dgn ketat metat. apakah? konon tgh dukung baby aminah la tu ye? eyh jap2. sedang peluk beby atau peluk my husband ye? hilang ingatan jap. muhaha.:) pastu rumate aku kata aku mengigau-ngigau sambil senyum-senyum peluk bantal. mereka ingat aku mimpi kawen dgn putera raja. ahaks. doakan sajork la ye.

aku rasa aku mimpi cenggitu sebab aku ketagih tengok cite SEKAR kat astro prima skng. hihi. tup tup plak si sekar tu baru dapat anak yg namanya WANGI. nama anak aku plak AMINAH. boley jadi geng ah tu. sama-sama klasik:) muhaha. *sapa tak tengok cite SEKAR. terlepas satu nikmat dunia tahu? bessshh wa cakap lu.

ohoi. ni la akibatnya TIDO banyak di bulan puasa. orang lain bertasbih berselawat. aku? tido saja. agaga:):) kan dah dapat mimpi indah gitu. jangan salahkan aku. salahkan KATIL aku yg empuk itu. dia banyak goda-goda aku.

oke lah. dgn ini. aku nak isytihar. AKU DAH TAK SABAR-SABAR NAK KAWEN. dan dapat ANAK ramai-ramai. kalau dapat 2 dozen pom tak apa. nanti meriah sikit umah aku time raya-raya. muhaha. oke. sila lempang aku sekarang. mengelamun tak habes-habes.

ops. mengelamun yg bukan-bukan di bulan puasa tak makruh kan?


kepada semua. say HIE kepada baby aminah. dia akan mewarnai hidup lolly n hubby nanti. kahkah. annoyink gila:)



salam sayang,